Rabu, 25 April 2018 | 5:07pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat model Eco Bridge Sungai Yu Kuala Lipis ketika Majlis Perasmian Pembukaan CSR Seksyen 3E2 : Merapoh ke Kampung Kubang Rusa, Lipis sambil diperhatikan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Datuk Ir Dr Meor Abdul Aziz Osman. - Foto Sairien Nafis
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob bersama hadirin yang hadir ketika Majlis Perasmian Pembukaan Central Spine Road Seksyen 3E2 : Merapoh ke Kampung Kubang Rusa, Lipis. - Foto Sairien Nafis

PM rasmi laluan baharu Merapoh-Kampung Kubang Rusa

LIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob serta barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri tiba di Majlis Perasmian Pembukaan Central Spine Road (CSR) Seksyen 3E2: Merapoh ke Kampung Kubang Rusa, dekat sini, sebentar tadi.

Projek yang dimulakan pada tahun 2015 itu siap pada Mac lalu membabitkan kos RM140.6 juta.

Jajaran CSR membabitkan enam pakej itu adalah antara inisiatif kerajaan Persekutuan untuk menyediakan laluan baharu bagi memudahkan perhubungan antara Pantai Timur dengan Pantai Barat.

Ia juga bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya semasa musim perayaan, di samping meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan kepada pengguna.

Berita Harian X