Jumaat, 27 April 2018 | 9:33pm
PENOLONG Pegawai Pengurus SPR bagi P100 Pandan, Mohd Yusuf Sulaiman, memeriksa borang untuk digunakan bagi penamaan calon pilihanraya umum ke 14 di Dewan Perbandaran MPAJ. - Foto Saifullizan Tamadi.

378 borang penamaan calon dijual

SEREMBAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sembilan menjual 378 borang penamaan calon iaitu 304 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 74 kerusi Parlimen.

Pengarahnya, Afizam Abdullah Sani, berkata sebanyak 18 borang dijual kepada mereka yang mahu bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Daripada jumlah itu, 13 borang bagi kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Afizam berkata, terdapat seramai 607, 793 pengundi direkodkan di lapan Parlimen dan 36 DUN di negeri ini.

Katanya, sebanyak 316 pusat mengundi membabitkan 1,124 saluran mengundi akan dibuka untuk pengundi awam di sekolah dan balai raya terbabit.

"Terdapat 38 pusat mengundi awal untuk anggota polis, tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan 57 saluran mengundi," katanya.

Katanya, SPR akan menggunakan khidmat seramai 10,000 petugas dan bekerjasama dengan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.

Berita Harian X