Sabtu, 28 April 2018 | 9:51pm

Visi ke arah metropolis bertaraf antarabangsa

JOHOR BAHRU: Wilayah pembangunan Iskandar Malaysia terus memacu visi membangunkan kawasan itu sebagai metropolis bertaraf antarabangsa yang berdaya saing dan mapan.

Sejak ditubuhkan pada 2006, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) komited merealisasikan visi berpandukan Rancangan Pembangunan Komprehensif (CDP) 2006-2025.

Berikutan itu, CDP ii 2014 hingga 2025 sebagai kajian semula CDP 2006-2025 dilaksanakan bagi mengkaji keberkesanan inisiatif terdahulu, selain memahami kesan perubahan senario ekonomi global.

IRDA meletakkan lima zon utama pembangunan di seluruh wilayah pembangunan itu dan semuanya menyaksikan pembangunan pesat dengan beberapa projek sudah direalisasikan.

Bagi zon A iaitu di pusat bandar raya Johor Bahru, antara pembangunan yang sudah beroperasi adalah Taman Aktiviti Angry Bird, pusat beli-belah Komtar JBCC, Hotel Dou-bleTree by Hilton, Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) dan beberapa lagi hotel bagi kemudahan pelancong ke bandar raya ini.

Antara projek lain yang kini giat dibina dan bakal disiapkan ialah Mid Valley Southkey Megamall, Astaka [email protected] Senyum, Hospital Columbia Asia Tebrau, Hilton Garden Inn Hotel, Thompson Medical Specialist dan R7F Princess Cove.

Di zon B iaitu Iskandar Puteri menyaksikan paling banyak projek yang sudah direalisasikan, antaranya [email protected], Bio-Xcel Malaysia, Taman Tema Puteri Harbour, Legoland Malaysia, Studio Pinewood Iskandar Malaysia, University of Reading Malaysia dan pelbagai projek pembangunan kediaman.

Projek lain yang bakal menyerikan zon B adalah Sekolah Antarabangsa Sunway Iskandar, Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Pusat Konvensyen Puteri Harbour, Nusajaya Downtown, FASTrack Iskandar (litar lumba) dan projek kediaman Sunway Iskandar.

Pembangunan Gerbang Barat (zon C) menyaksikan Loji Janakuasa Tanjung Bin sudah disiapkan, selain beberapa lagi projek iaitu Forest City, [email protected] dan Sungai Pulai Wellness Resort kini rancak dibangunkan.

Zon D iaitu Pembangunan Gerbang Timur pula melihat lima projek sudah direalisasikan iaitu Hotel Renaissance, Pelabuhan Tanjung Langsat, Taman Perindustrian Tanjung Langsat, The [email protected] Jaya dan City of [email protected] Seri Alam, manakala Johor Halal Park, Taman Perniagaan Sime Darby dan Senibong Cove masih giat dibangunkan.

Sembilan projek di zon terakhir iaitu Senai-Skudai sudah direalisasikan, antaranya Johor Premium Outlet, Taman Teknologi Senai, Senai Hi-Tech Park, [email protected], [email protected] Airport City, Setia Business Park, Eco Business Park, Synergy Cloud Data Centre (fasa pertama) dan Hershey Malaysia.

Pelaburan komited RM253 bilion

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim, berkata semua projek yang direalisasikan itu membabitkan pelaburan komited berjumlah RM140 bilion daripada keseluruhan pelaburan komited diterima RM253 bilion.

Katanya, IRDA optimis mencapai jumlah pelaburan sehingga RM30 bilion tahun ini daripada pembangunan berasaskan perkhidmatan, pembuatan, hartanah termasuk perumahan, komersial, perindustrian dan seumpamanya dalam usaha merealisasikan sasaran pelaburan komited bernilai RM383 bilion menjelang 2025.

Sehingga Disember tahun lalu, katanya, pihaknya mendapat pelaburan komited berjumlah RM253 bilion, yang mana 56 peratus daripadanya atau kira-kira RM140 bilion sudah direalisasikan.

Perjalanan Segamat-Tangkak lebih selesa

"Projek menaik taraf jalan ini bukan sahaja memudahkan perhubungan penduduk tetapi turut memberi impak pembangunan di kawasan setempat," kata penduduk Pekan Jementah, Ahmad Abdul Rahman, 80.

Ahmad berkata, dahulu Pekan Jementah boleh digambarkan sebagai 'pekan koboi', namun keadaan itu sudah jauh berubah apabila semakin banyak projek pembangunan dilaksanakan di kawasan ini terutama selepas laluan Tangkak-Segamat dinaik taraf.

Katanya, walaupun pembangunan di kawasan ini belum menyeluruh, laluan baharu yang dinaik taraf ini memberi impak kepada kemajuan di kawasan ini dan manfaat kepada penduduk setempat.

"Keadaan boleh dikatakan sudah 100 peratus berubah berbanding 1960-an. Dulu, kedai hanya beroperasi setakat jam 7 malam. Malam memang sunyi sebab semua premis perniagaan ditutup.

Perjalanan makin singkat

"Sekarang, dengan adanya laluan yang dinaik taraf kepada empat lorong ini, bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya, malah pembangunan ekonomi setempat juga semakin baik apabila semakin banyak premis perniagaan dibuka.

"Kalau hendak ke bandar Segamat, tempoh perjalanan pun semakin singkat kerana laluannya lebar berbanding dahulu yang agak sempit dan berliku," katanya.

Jalan Segamat-Tangkak yang dinaik taraf daripada dua kepada empat lorong sejauh 63.6 kilometer (km) secara keseluruhan membabitkan kos keseluruhan lebih RM700 juta.

Ini termasuk kerja menaik taraf 19 jambatan sepanjang laluan berkenaan dengan 14 daripada jambatan itu akan dibina semula bagi menggantikan jambatan asal yang tidak lagi sesuai.

Projek itu bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya dan perjalanan antara Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Tangkak ke Segamat yang dilalui 30,000 kenderaan sehari.

Projek laluan ini bukan sahaja dapat mengurangkan tempoh perjalanan tetapi juga berfungsi mengelakkan penduduk terputus hubungan ketika musim banjir.

Bagi penduduk Kampung Paya Dalam, Gemereh, Baharuddin Karim, 63, projek menaik taraf Jalan Muar-Segamat khususnya laluan Pekan Jementah ke Bandar Segamat banyak memberi manfaat.

"Dahulu, laluan ini hanya dua lorong dan asalnya dibina pada kedudukan yang rendah berbanding sekarang. Kalau musim tengkujuh, laluan ini akan terputus hubungan akibat banjir tetapi kini tiada lagi masalah banjir. Tambahan pula, kerajaan turut menjalankan projek tebatan banjir (RTB)," katanya.

Berita Harian X