Isnin, 7 Mei 2018 | 6:27pm
NAJIB bergambar bersama Joseph Pairin Kitingan (tiga dari kanan), Tony Fernandez (lima dari kiri) dan Pengarah AirAsia Berhad, Datuk Aziz Bakar (empat dari kanan) sebelum menaiki pesawat Airbus A330-300 milik AirAsia tertera tema manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). - Foto Khairull Azry Bidin

PESAWAT Airbus A330-300 milik AirAsia tertera tema manifesto Barisan Nasional (BN) "Hebatkan Negaraku" yang dinaiki Najib untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). - Foto Khairull Azry Bidin

PM naik pesawat edisi khas AirAsia

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak yang mengakhiri lawatan dua hari sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Sabah hari ini, pulang ke ibu negara menaiki pesawat AirAsia tertera tema manifesto Barisan Nasional (BN) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), petang tadi.

Tema 'Hebatkan Negaraku' edisi khas itu terpampang di badan pesawat jenis Airbus A330-300 milik Air Asia.

Perdana Menteri yang tiba di KKIA sebaik selesai program di Kota Marudu kira-kira jam 4 petang tadi, diiringi dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin, sebelum berlepas pada jam 4.45 petang.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Pagi tadi, Perdana Menteri melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keningau di pekan Keningau sebelum menghadiri majlis bersama rakyat di Beaufort dan Kota Marudu.

Berita Harian X