Isnin, 14 Mei 2018 | 12:20pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Perdana Menteri terima kunjungan Sultan Brunei

PUTRAJAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, tiba di di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baginda tiba kira-kira jam 11.43 pagi dengan memandu sendiri kenderaan jenis Mercedes dengan nombor pendaftaran XIII NAM serta diiringi rombongannya.

Turut bersama baginda di dalam kenderaan itu Putera Abdul Mateen.

Difahamkan ketibaan Sultan Brunei menjadikan kunjungan pertama pemimpin negara luar selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, Dr Mahathir selesai mengadakan Mesyuarat khas bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan ketua-ketua setiausaha (KSU) kementerian yang berakhir kira-kira 11.00 pagi tadi.

Berita Harian X