X
Selasa, 15 Mei 2018 | 8:17pm

Puasa bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada hari Khamis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada 17 Mei ini bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

TIMBALAN Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh semasa melihat anak bulan pada majlis Cerapan Rasmi Hilal (Anak Bulan) Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.

Berita Harian X