Rabu, 16 Mei 2018 | 11:44pm

Lagi disenaraihitam kes 1MDB

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan seorang ahli lembaga pengarah syarikat itu disenarai hitam ke luar negara oleh Jabatan Imigresen.

Semakan ke atas nombor kad pengenalan kedua-dua individu berkenaan dalam Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI) menunjukkan keputusan 'Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat.'

Nama dua individu itu turut dipetik dalam muka surat XI ringkasan eksekutif Ketua Audit Negara mengenai laporan audit 1MDB yang menyebut pembabitan mereka dengan RM5 bilion Nota Jangka Sederhana Islam pada tahun 2009.

Maklumat individu itu didapati bertanda merah, iaitu sama bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, iaitu dihalang daripada meninggalkan negara ini.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, turut dikenakan larangan keluar negara.

21298 dibaca
Berita Harian X