Khamis, 17 Mei 2018 | 3:35pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap ketika Sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. - Foto Asyraf Hamzah

Dr M Menteri Pelajaran, Azizah jaga wanita dan kebajikan

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beliau akan memegang portfolio Menteri Pelajaran dalam Kabinet baharu kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di sini, beliau turut mengumumkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang dinamakan timbalan perdana menteri, akan diberi portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Sebelum ini, Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri, setiausaha agung DAP LIm Guan Eng sebagai Menteri Kewangan manakala presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan. -- BERNAMA

10517 dibaca
Berita Harian X