Khamis, 17 Mei 2018 | 10:03pm
LAMAN rasmi Instagram Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencecah seramai satu juta pengikut.

Instagram PM cecah 1 juta pengikut

KUALA LUMPUR: Laman rasmi Instagram Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencecah seramai satu juta pengikut.

Perdana Menteri, yang berterima kasih kerana mendapat jumlah pengikut teramai itu, turut meminta orang ramai menggunakan media sosial dengan sebaiknya.

"Hari ini laman Instagram saya sudah mencecah satu juta pengikut. Terima kasih.

"Media sosial adalah satu pentas penting untuk mendapatkan maklumat yang betul dan mengeratkan hubungan. Gunakan sebaiknya," katanya menerusi akaun Instagram rasminya yang mendapat 279,667 tanda suka.

Pada status itu, Dr Mahathir turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan.

1840 dibaca
Berita Harian X