Khamis, 17 Mei 2018 | 10:50pm

Najib buka puasa bersama bonda

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang berbuka puasa bersama ibunya, Tun Rahah Mohammad Noah, hari ini, walaupun berdepan ujian getir apabila puluhan polis menyerbu kediamannya sejak semalam.

Bekas Perdana Menteri itu turut berkongsi gambarnya bersama Tun Rahah, yang dimuat naik di akaun Instagram rasminya.

"Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan, dapat bersama bonda Tun Rahah sementara menunggu masuk waktu Isyak dan solat Tarawih tadi," katanya.

Gambar itu turut mendapat 11,548 'likes' setakat jam 10.30 malam tadi.

Sejak semalam, kediaman Najib di Taman Duta dan Pavilion Residence Apartment diserbu puluhan polis, dipercayai berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

17910 dibaca
Berita Harian X