Selasa, 22 Mei 2018 | 1:45am
SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan hadir sama Nurul Izzah. - Foto ihsan Royal Press Office

Anwar, Izzah menghadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan menerima menghadap Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, di sini, malam tadi.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


DATUK Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. - Foto ihsan Royal Press Office

Menurut kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Baginda, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tertutup Anwar bersama Sultan Ibrahim, yang berlangsung selama lebih dua jam itu.

Yang turut hadir, anak perempuan Anwar iaitu Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.


DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Hadir sama, anak perempuan Datuk Seri Anwar iaitu Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. - Foto ihsan Royal Press Office

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar bergambar kenangan selepas menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan hadir sama Nurul Izzah. - Foto ihsan Royal Press Office

Terdahulu, kenderaan yang membawa Anwar tiba di pekarangan istana pada jam 10.50 malam.

Selesai pertemuan itu, beliau mengiringi Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail ke majlis santapan sebelum pulang.

Berita Harian X