Selasa, 22 Mei 2018 | 9:26am
MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pagi ini memulakan tugasnya di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.

Anthony Loke mula tugas di Kementerian Pengangkutan

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pagi ini memulakan tugasnya di Kementerian Pengangkutan di sini.

Beliau tiba di perkarangan bangunan kementerian pada jam 8.20 pagi dan disambut Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Saripuddin Kasim serta warga kementerian.

Anthony kemudian mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kementerian Pengangkutan secara tertutup.

Beliau dijangka bertemu dan berucap di hadapan warga kementerian, tengah hari ini.

Anthony ialah antara 13 anggota Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam.

Berita Harian X