Selasa, 22 Mei 2018 | 10:52am
MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memulakan tugasnya di kementerian, hari ini. - Foto Noor Atiqah Sulaiman
MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memulakan tugasnya di kementerian, hari ini. - Foto Noor Atiqah Sulaiman

Zuraida mula tugas di KPKT

PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memulakan tugasnya di kementerian hari ini.

Zuraida tiba di kementerian berkenaan pada jam 9.30 pagi tadi dan disambut oleh Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Mohammad Mentek serta warga kementerian.

Beliau kemudiannya di bawa ke pejabatnya sebelum ke bilik taklimat untuk berjumpa dengan pegawai atasan kementerian terbabit.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR itu dijangka akan memberi sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai menteri pada jam 12 tengah hari ini.

Semalam, Zuraida bersama 12 menteri lain mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Berita Harian X