Selasa, 22 Mei 2018 | 5:23pm

Penangguhan bayaran PTPTN diutamakan

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan akan mengutamakan penangguhan pembayaran wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan yang berpendapatan bawah RM4,000.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata ini kerana perkara itu adalah antara 10 janji yang perlu ditunaikan dalam 100 hari.

Tambah beliau, Pakatan Harapan (PH) tidak menyatakan pemansuhan PTPTN sebaliknya memberi pelepasan pembayaran hanya bagi mereka yang berpendapatan bawah RM4,000.

"Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Imigresen mengenai sekatan perjalanan bagi peminjam yang disenarai hitamkan ke luar negara, " katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas di Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Idris Jusoh menyerahkan nota serah tugas kepada Dr Maszlee.

Berita Harian X