Isnin, 28 Mei 2018 | 8:36pm
PRESIDEN Canselor Management & Science University (MSU), Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (dua kanan) bersama Naib Canselor MSU, Puan Sri Dr Junaidah Abd Hamid (kanan) menyampaikan sumbangan zakat kepada anak-anak yatim pada Malis MSU Ihya Ramadan di Dewan Canselor SMU Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PRESIDEN Canselor Management & Science University (MSU), Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (dua kanan) bersama Naib Canselor MSU, Puan Sri Dr Junaidah Abd Hamid (kanan) menyampaikan sumbangan zakat kepada anak-anak yatim pada Malis MSU Ihya Ramadan di Dewan Canselor SMU Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

MSU sumbang RM149,500 duit raya

SHAH ALAM: Seramai 230 penghuni rumah anak yatim dan kebajikan menerima sumbangan zakat dan duit raya daripada Management and Science University (MSU).

Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, sumbangan zakat dan duit raya sebanyak RM149,500 disalurkan kepada 23 rumah anak yatim dan kebajikan sekitar Lembah Klang.

"Majlis iftar serta serahan sumbangan zakat dan duit raya adalah tradisi MSU dan diadakan setiap kali Ramadan.

"Sumbangan zakat adalah tradisi MSU dan ia mencerminkan komitmen universiti ini dalam memenuhi tanggungjawab sosial terhadap komuniti, selain menyuburkan budaya bersyukur serta bersedekah dalam kalangan warga kampus dan masyarakat," katanya pada Majlis Iftar bersama anak-anak yatim dan rakan industri, hari ini.

Yang turut hadir adalah Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, dan Naib Canselor MSU Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Pada majlis berkenaan setiap rumah kebajikan menerima sumbangan sebanyak RM5,000, manakala setiap seorang anak yatim menerima duit raya RM150.

Antara rumah anak yatim yang terbabit adalah Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras; Pusat Jagaan Baitus Sakinas Wal Mahabbah; Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku; Pertubuhan Al Khadeen (Home of Hope Al Khaadem), Pertubuhan Amal dan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih; Pusat Jagaan Nur Sakinah; Yayasan Al Amin; Pusat Jagaan Baitul Hidayah serta Rumah Anak Yatim Rohingya Darul Aitam.

"Program pengagihan zakat ini turut dilaksanakan di peringkat global dengan membabitkan negara seperti Kazakhstan; Sri Lanka; India; Vietnam; Indonesia; Syria; Palestin dan Bosnia Herzegovina," kata Dr Mohd Shukri.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X