Rabu, 30 Mei 2018 | 9:28pm

PM berbuka puasa bersama Kabinet, MB dan duta asing

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan majlis berbuka puasa bersama menteri Kabinet, menteri besar, duta serta pesuruhjaya asing dan pegawai kerajaan di sini malam ini.

Hadir sama pada majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu ialah isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Turut kelihatan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika majlis berbuka puasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Mohd Fadli Hamzah

Selain itu turut hadir duta-duta asing ke Malaysia dan juga pegawai kanan kerajaan.

Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut menunaikan solat maghrib, Isyak serta tarawih bersama kira-kira 600 hadirin.

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan Solat Maghrib sempena Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini. - Foto BERNAMA

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa ketika hadir di majlis berbuka puasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Mohd Fadli Hamzah

Berita Harian X