Selasa, 5 Jun 2018 | 10:49am

Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM

DATIN Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 10.43 pagi tadi. - Foto Reuters

PUTRAJAYA: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 10.43 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International.

Beliau yang mengenakan baju kurung berwarna biru dan berselendang merah turut ditemani anak perempuannya Nooryana Najwa dan suami Daniyar Kessibayev serta barisan peguam terdiri daripada K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Rosmah tiba dengan kenderaan jenis Mercedes-Benz S350 menggunakan nombor pendaftaran WQF 11 serta diiringi dua dua buah kenderaan lain.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir dua kali ke sini iaitu pada 22 dan 24 Mei lalu bagi memberi keterangan berhubung kes sama.

KENDERAAN dipercayai membawa Datin Seri Rosmah Mansor ketika keluar dari rumahnya pada jam 10.15 pagi di Jalan Langgak Duta, untuk ke pejabat SPRM Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
KENDERAAN dipercayai membawa Datin Seri Rosmah Mansor ketika keluar dari rumahnya pada jam 10.15 pagi di Jalan Langgak Duta, untuk ke pejabat SPRM Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

DATIN Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 10.43 pagi tadi. - Foto Reuters
DATIN Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 10.43 pagi tadi. - Foto Reuters

SPRM pada Jumaat lalu, menyerahkan notis untuk memerintah kehadiran kepada Rosmah Mansor bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

Tinjauan NSTP mendapati, lebih 100 pengamal media tempatan dan asing mula berkumpul di Ibu Pejabat SPRM di sini sejak 8 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini berhubung siasatan berkaitan SRC International itu.

DATIN Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International.

NOORYANA Najwa dan suami Daniyar Kessibayev. - Foto Reuters

DATIN Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Berita Harian X