Khamis, 7 Jun 2018 | 4:57pm

THM terima lebih RM49 juta

PUTRAJAYA: Tabung Harapan Malaysia (THM) berjaya mengumpul RM49,190,120.04 sehingga jam 3 petang ini sejak dilancarkan pada 30 Mei lalu.

Jumlah sumbangan berkenaan dimaklumkan Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan THM bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi membantu menangani masalah hutang negara yang kini berjumlah lebih RM1 trilion.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452.

Derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.

Berita Harian X