Sabtu, 9 Jun 2018 | 11:35pm

Kutipan THM hampir RM55j

KUALA LUMPUR: Jumlah sumbangan terkini yang dikumpul menerusi Tabung Harapan Malaysia (THM) adalah sebanyak RM54,897,847.39 juta.

Menurut laman Twitter rasmi Kementerian Kewangan, jumlah terkumpul itu adalah setakat jam 3 petang, hari ini, sejak ia dilancarkan kira-kira 11 hari lalu.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan penubuhan THM bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi membantu menangani masalah hutang negara.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 566010626452 dalam bentuk mata wang Ringgit.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sebelum ini berkata, penubuhan tabung itu bertujuan membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan rakyat secara sistematik dan telus.

Berita Harian X