Isnin, 11 Jun 2018 | 6:09pm
JUMLAH kutipan Tabung Harapan Malaysia setakat jam 3 petang hari ini.

THM kumpul RM56.6j

PUTRAJAYA: Lebih RM56.6 juta berjaya dikumpulkan Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) setakat jam 3 petang hari ini.

Jumlah sumbangan itu dimaklumkan Kementerian Kewangan melalui laman web kementerian itu.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhannya juga membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Berita Harian X