Khamis, 14 Jun 2018 | 6:57pm

Tabung Harapan kumpul lebih RM66j

PUTRAJAYA: Lebih RM66.6 juta dikumpulkan melalui Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) sehingga jam 3 petang tadi.

Jumlah sumbangan itu dimaklumkan Kementerian Kewangan di laman Facebook kementerian itu, hari ini.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhannya juga membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) saja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Berita Harian X