Ahad, 17 Jun 2018 | 9:38pm

Tabung Harapan kumpul lebih RM74.6j

PUTRAJAYA: Tabung Harapan Malaysia (THM) mengumpul sebanyak RM74,695,510.12 setakat jam 3 petang tadi, sejak ia mula dilancarkan pada 30 Mei lalu.

Jumlah sumbangan itu dimaklumkan Kementerian Kewangan menerusi laman Facebook kementerian itu.

Penubuhan tabung itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang untuk membantu menangani masalah hutang negara yang kini berjumlah lebih RM1 trilion.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka dalam bentuk mata wang tempatan menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada THM akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Berita Harian X