Selasa, 19 Jun 2018 | 4:18pm

Tabung Harapan kumpul RM88.3 juta

PUTRAJAYA: Lebih RM88.3 juta dikumpul melalui Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) sehingga jam 3 petang hari ini.

Jumlah sumbangan dimaklumkan Kementerian Kewangan menerusi laman web kementerian itu.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhannya membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Berita Harian X