Khamis, 21 Jun 2018 | 4:27pm
- Infografik BERNAMA

THM kumpul RM90.3 juta

PUTRAJAYA: Lebih RM90.3 juta berjaya dikumpul melalui Tabung Harapan Malaysia (THM) sehingga jam 3 petang semalam.

Jumlah sumbangan itu dimaklumkan Kementerian Kewangan di laman web kementerian itu.

Penubuhan THM diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhannya juga membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) saja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sumbangan derma disalurkan kepada THM akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Berita Harian X