Selasa, 3 Julai 2018 | 9:31am

Selamat Datang ke KBS YB Syed Saddiq

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan timbalannya, Steven Sim Chee Keong tiba di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada jam 8.42 pagi.

Ketibaan disambut Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Lokman Hakim Ali dan staf.

Syed Saddiq bersama Timbalannya mengetik kad perakam masa pada jam 8.48 pagi tadi di KBS.

Baju korporat KBS dan jaket rimau turut diserahkan kepada Syed Saddiq dan timbalannya sebagai gimik menyambut kedatangannya mereka berdua.

Selepas itu, Syed Saddiq dan Steven Sim dibawa melawat sekitar Menara KBS sebelum diberi taklimat.

Pada jam 11.45 pagi, dijadualkan berlangsung sesi serah tugas yang akan dihadiri menteri terdahulu, Khairy Jamaluddin.

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman. - Foto Roslin Mat Tahir
Berita Harian X