Khamis, 12 Julai 2018 | 8:04pm
Gambar fail, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika sidang media selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru pada 28 Jun lalu. - Foto Hairul Anuar Rahim

Muhyiddin selamat jalani pembedahan

PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas dan kini berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abd Halim berkata, ketumbuhan berkenaan sudah dapat dikesan pada peringkat awal.

"Beliau akan mengambil cuti untuk mendapat rawatan susulan bermula hari ini dan dijangka akan kembali bertugas sebulan lagi.

"Sementara ketiadaan beliau, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, bidang kuasa dan tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah mengawal beberapa kementerian penting antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan Jabatan Penjara.

Berita Harian X