Khamis, 12 Julai 2018 | 10:39pm

Wan Azizah syukur Muhyiddin selamat jalani pembedahan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa syukur berikutan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas.

Dalam kenyataan hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan bahawa Muhyiddin sekarang berada dalam keadaan stabil dan akan mengambil cuti untuk menjalani rawatan susulan bermula hari ini dan dijangka bertugas semula dalam masa sebulan.

"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri semasa ketiadaan beliau (Muhyiddin).

"Saya dan rakyat Malaysia seluruhnya mendoakan supaya Tan Sri Muhyiddin cepat pulih sepenuhnya dan kembali bertugas," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X