Ahad, 15 Julai 2018 | 2:44pm
MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Asyraf Hamzah

Keadaan Muhyiddin semakin baik

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang selamat menjalani pembedahan Khamis lalu kini berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim berkata, keluarga Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang mendoakan kesihatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

"Beliau (Muhyiddin) sekarang berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

"Bagi pihak keluarga, kami kami ingin mengucapkan terima kasih di atas semua doa yang tidak putus-putus diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin," katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Muhyiddin menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas dan dengan ketiadaan beliau yang sedang bercuti sakit itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri.

Berita Harian X