Selasa, 17 Julai 2018 | 2:16pm
ABDUL Hadi Awang. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
ABDUL Hadi Awang. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

PAS tiada hasrat gabung dengan UMNO

KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak bergabung dengan UMNO dalam usaha menguatkan blok pembangkang.

Penegasan itu disuarakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas tindakan bersama diambil PAS dan UMNO yang bertindak keluar Dewan Rakyat semalam sebagai memprotes tatacara pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai Yang Dipertua dewan.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO dalam perkara yang akan membawa kebaikan kepada rakyat.

"Kita bekerjasama dengan semua pihak dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat

"Namun, PAS tidak akan bergabung dengan UMNO," katanya.

Beliau ditemui media selepas perasmian Istiadat Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14, Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Berita Harian X