Selasa, 17 Julai 2018 | 3:12pm
(Dari kiri) RAJA Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad, Liew Chin Tong, P Waythamoorthy dan Mohd Radzi Jidin.
(Dari kiri) RAJA Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad, Liew Chin Tong, P Waythamoorthy dan Mohd Radzi Jidin.

Empat Senator angkat sumpah sertai Kabinet

KUALA LUMPUR: Empat Senator yang baru mengangkat sumpah mengesahkan akan mengangkat sumpah untuk menyertai barisan Kabinet, hari ini di Istana Negara.

Mereka adalah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), P Waythamoorthy.

Selain itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan calon PKR Parlimen Ketereh, Dr Mohd Radzi Jidin turut sama akan ke istana petang ini.

Kesemua mereka berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas istiadat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara, di Parlimen, hari ini.

Berita Harian X