Sabtu, 21 Julai 2018 | 3:08pm
TUN Dr Mahathir bersalaman dengan orang ramai ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri 2018 di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah. - Foto Saddam Yusoff
TUN Dr Mahathir bersalaman dengan orang ramai selepas menghadiri ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri 2018 di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah. - Foto Saddam Yusoff

UMNO dan PAS adik-beradik

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS dan UMNO adalah 'adik-beradik' selepas PAS tidak meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

"Memang dia (PAS dan UMNO) adik-beradik," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang didakwa seolah-olah memberi laluan mudah kepada UMNO dengan tidak meletakkan calon untuk bertanding.

TUN Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri 2018 di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah. - Foto Saddam Yusoff

Pada 19 Julai lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, mengumumkan ketetapan itu dibuat sejurus UMNO membuat keputusan untuk meletakkan calon pada PRK berkenaan.

PRK Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.

Berita Harian X