Rabu, 1 Ogos 2018 | 11:38pm
Prasarana Malaysia Bhd akan menaik taraf kemudahan perkhidmatan Feri Pulau Pinang.

RM90 juta naik taraf feri Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd akan memperuntukkan RM90 juta bagi menaik taraf kemudahan perkhidmatan Feri Pulau Pinang dan pembelian feri baharu, menerusi Pelan Pembangunan Perkhidmatan Feri Pulau Pinang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata usaha itu dibuat bagi menambah baik mutu perkhidmatan Feri Pulau Pinang selepas pengambilalihan perkhidmatan itu.

"Daripada peruntukan itu, sebanyak RM21 juta akan digunakan untuk tempoh 2018 dan 2019 bagi pembelian feri baharu jenis penumpang.

"Ini adalah langkah penambahan kepada jumlahferi vehicular sedia ada iaitu sebanyak enam buah," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.

Perkhidmatan feri negeri yang merekodkan kerugian sebanyak RM700 bagi setiap perjalanan sejak Jambatan Pulau Pinang mula beroperasi pada 1985, dibeli oleh anak syarikat Prasarana, Rapid Ferry Sdn Bhd pada Mei lepas.

Selain itu, Prasarana akan turut melaksanakan kerja-kerja membaik pulih enam feri sedia ada untuk tempoh tiga tahun bermula tahun ini dengan anggaran kos RM13.7 juta.

Menjawab pertanyaan DatukNgeh Koo Ham (PH-DAP Beruas) mengenai pelan kerajaan bagi pelabuhan di Manjung, Loke berkata kerajaan tidak bercadang menjadikan kedua-dua Pelabuhan Terminal Maritim Lumut dan Pelabuhan Vale sebagai pelabuhan yang mengendalikan muatan kontena.

"Tidak ada keperluan untuk membangunkan pelabuhan baharu. Namun, kajian tersebut juga merumuskan kerajaan perlu mengoptimumkan pelabuhan sedia ada dan membangunkan fasiliti pelabuhan untuk tujuan perkhidmatan industri tertentu.

"Terminal Maritim Lumut, Kampung Acheh dan Pelabuhan Vale di TelukRubiah adalahjeti/pelabuhan persendirian di Perak yang diuruskan syarikat swasta dengan dikawal selia Jabatan Laut Malaysia.

"Kedua-dua terminal berkenaan menguruskan dan mengendalikan kargo perindustrian," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X