Khamis, 16 Ogos 2018 | 11:50am
KELANCANGAN Bung Moktar ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, mungkin menyebabkannya berdepan tindakan. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
KELANCANGAN Bung Moktar ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, mungkin menyebabkannya berdepan tindakan. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Bung Moktar berdepan tindakan?

KUALA LUMPUR: Kelancangan Datuk Bung Moktar Radin (BN-UMNO Kinabatangan) mencarut ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, mungkin menyebabkannya berdepan tindakan.

Difahamkan, pihak kerajaan hari ini akan mengusulkan supaya Bung Moktar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen, walaupun beliau sudah meminta maaf susulan insiden 7 Ogos itu.

Beliau boleh berdepan tindakan penggantungan jika didapati bersalah.

Kekecohan tercetus apabila Bung Moktar yang mencelah perbahasan Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau) ‘naik angin’ apabila Willie Mingin (PH-Puncak Borneo) menyebut perkataan ‘kasino’.

Kejadian ketika Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dibahaskan itu menyaksikan Bung Moktar mengeluarkan perkataan mencarut.

Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kemudian mengarahkan Bung Moktar menarik balik perkataan itu dan memohon maaf kepada Dewan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X