Selasa, 18 September 2018 | 2:32pm
TOMMY Thomas. - Foto Sairien Nafis
TOMMY Thomas. - Foto Sairien Nafis

Tommy Thomas masih Peguam Negara

KUALA LUMPUR: “Beliau masih Peguam Negara dan kini berada di pejabat,” kata pegawai khas kepada Tommy Thomas dalam reaksinya berhubung laporan peletakan jawatan oleh sebuah portal berita hari ini.

Zhafran Rahim Hamzah mengesahkan kepada media bahawa Tommy tidak meletakkan jawatan seperti didakwa.

“Ia tidak benar. Ramai pihak menghubungi saya berhubung perkara ini. Saya boleh sahkan bahawa ia tidak benar dan saya bercakap sendiri dengan beliau (Tommy),” katanya.

Tengah hari tadi portal berkenaan mengeluarkan berita memetik kenyataan seorang pegawai kerajaan mendakwa Tommy yang dilantik pada Jun lalu sudah meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, kira-kira 15 minit kemudian portal itu menarik balik laporan terbabit dan mengemukakan permohonan maaf.

Berita Harian X