Jumaat, 2 November 2018 | 8:23pm
LIM Guan Eng - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Imbuhan hasilkan plastik mesra alam

KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan imbuhan bagi syarikat yang menghasilkan plastik mesra alam berasaskan bioresin dan biopolimer di negara ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata insentif taraf perintis sebanyak 70 peratus atau elaun cukai pelaburan 60 peratus untuk tempoh lima tahun ini selaras usaha menangani pencemaran sisa plastik dan menarik pelaburan dalam aktiviti mesra alam.

Katanya, dana RM2 bilion akan diperuntukkan menerusi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan kerajaan menampung subsidi kadar faedah dua peratus bagi tempoh lima tahun pertama.

“Selain itu, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) akan menyediakan Dana Pembiayaan Pembangunan Mapan berjumlah RM1 bilion.

“Ia bertujuan menyokong Agenda 2030 pembangunan mapan serta 17 matlamat Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).

“Bagi tujuan ini, kerajaan akan memberi insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Berita Harian X