Ahad, 11 November 2018 | 8:01am
SULTAN Mizan Zainal Abidin (dua dari kiri) dan Sultanah Nur Zahirah (kiri) berkenan menyaksikan Al-Quran Emas Warisan Kesultanan Terengganu sempena majlis santapan malam konnesyen ke-16, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). - NSTP/Rozainah Zakaria

Sultan Mizan dipersembahkan al-Quran emas

KUALA NERUS: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyaksikan al-Quran emas warisan kesultanan Terengganu pada majlis santapan malam sempena Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, malam tadi.

Al-Quran emas warisan kesultanan Terengganu itu buat kali pertama dipersembahkan kepada Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah selepas kajian terperinci mengenainya dilakukan Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) UMT, Dr Riswadi Azmi.

Yang turut hadir Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A Rahman Yahya, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Halim Mohamad dan Naib Canselor UMT, Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

SULTAN Mizan Zainal Abidin (dua dari kiri) dan Sultanah Nur Zahirah (kiri) berkenan menyaksikan Al-Quran Emas Warisan Kesultanan Terengganu sempena majlis santapan malam konnesyen ke-16, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). - NSTP/Rozainah Zakaria

Dr Nor Aieni berkata, UMT dengan kerjasama PISM akan mempamerkan kepada masyarakat umum keindahan dan kemewahan manuskrip al-Quran Terengganu yang tertua dan ditemui pada 1836 Masihi dihasilkan ketika zaman pemerintahan Sultan Mansor II.

Sempena majlis santapan malam itu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT turut berkenan melancarkan buku Beautiful Terengganu yang diterjemahkan kepada lima bahasa iaitu bahasa Arab, Jerman, Perancis, Mandarin dan Jepun.

Buku Beautiful Terengganu adalah projek kolaborasi antara UMT dan Jabatan Pelancongan negeri bertujuan mempromosikan keindahan dan tarikan pelancongan di negeri ini selain merancakkan sektor pelancongan negeri.

Berita Harian X