Rabu, 28 November 2018 | 2:58pm
P Waytha Moorthy. - NSTP/Saddam Yusoff

'Biar keadaan tenang dulu...'

KUALA LUMPUR: “Biar keadaan tenang dulu.”

Itu penegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, yang enggan mengulas isu berhubung perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sehingga keadaan kembali tenang.

Beliau berkata, adalah lebih baik baginya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

“Baik jangan cakap apa-apa, biar keadaan tenang dulu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli PAS dan UMNO dirancang di ibu negara pada 8 Disember ini bagi meraikan kejayaan kerajaan tidak meratifikasi ICERD.

Berita Harian X