Sabtu, 8 Disember 2018 | 6:05pm
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. - Foto Ghazali Kori

Tiada cuti khas pada Ahad bagi Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menafikan laporan yang tular di media sosial mengenai cuti khas esok, susulan perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur, hari ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu kenyataan berkata pentadbiran kerajaan negeri esok berjalan seperti biasa dan tiada cuti khas diumumkan.

“Merujuk pada siaran yang berlegar di media sosial dan portal media pada petang ini mengenai isu ‘cuti’, saya ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang pengumuman cuti khas pada Ahad 9 Disember 2018 dari kerajaan negeri Terengganu.

“Oleh yang demikian, esok adalah hari bekerja untuk pentadbiran kerajaan dan agensi di Terengganu,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan disiarkan sebuah portal berita akhbar berbahasa Cina hari ini yang tular bahawa Terengganu diberikan cuti peristiwa esok.

Ia kononnya berikutan ramai warga negeri ini berada di Kuala Lumpur untuk menyertai himpunan kesyukuran ICERD di Dataran Merdeka, petang ini.

Kira-kira 20,000 warga Terengganu turun memberi sokongan dan menyertai perhimpunan kesyukuran ICERD itu.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X