Ahad, 9 Disember 2018 | 11:30am

Naik 4WD elak 'gementar' peserta Jom Khatan

KUALA LUMPUR: Program ‘Jom Berkhatan’ anjuran Suara Komuniti BH bersama Badan Khairat The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP) hari ini, mencipta kelainan apabila 50 kanak-kanak yang menyertainya diarak menaiki 14 kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Semua peserta diarak menggunakan 4WD disediakan Kelab 4X4 Kembara Selangor sejauh 1.5 kilometer (km) mengelilingi Bangsar, sekali gus mengurangkan rasa berdebar sementara menunggu saat dikhatankan.

Selain itu acara bermula jam 7 pagi di Balai Berita NSTP Bangsar, di sini, turut diselangi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk acara agihan pulut kuning dan cenderahati pelancaran konvoi, serta dimeriahkan dengan kehadiran maskot ‘Hang Omar Timor’.

Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, walaupun program diadakan dengan notis singkat, pihak Suara Komuniti BH terharu dengan sambutan menggalakkan yang diterima daripada komuniti setempat.

Beliau berkata, Jom Berkhatan yang julung kali diadakan ini secara tidak langsung menjadi platform kepada BH mendekati masyarakat setempat dan berdasarkan sambutan itu, BH bersedia meluaskan lagi limpahan manfaatnya dengan meneruskan program sama pada masa depan.

“Peluang berkhatan secara percuma ini sedikit sebanyak diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan dan perbelanjaan keluarga peserta yang majoritinya daripada golongan berpendapatan rendah atau B40, khususnya sebelum bermula sesi persekolahan 2019,” katanya.

KETUA Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid bersama Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bergambar dengan peserta pada majlis perasmian program Jom Khatan di Balai Berita NSTP Bangsar. - Foto Mahzir Mat Isa

Terdahulu, majlis perasmian program Jom Khatan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.

Pengerusi Penganjur Jom Berkhatan, Wan Abdillah Wan Nawi, berkata untuk menyempurnakan program lima stesen dibuka oleh KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk melancarkan urusan khatan semua 50 kanak-kanak terbabit.

“Bagi memastikan semua kanak-kanak tidak membuat ‘drama’ pihak sukarelawan turut menggunakan pelbagai pendekatan untuk memberi keselesaan kepada mereka termasuk menghadiahkan gula-gula sebagai hadiah ketika menunggu giliran,” katanya.

Program Jom Khatan bukan sekadar membabitkan 16 anak kakitangan NSTP dan Media Prima Berhad, tetapi turut menarik 34 peserta dari luar khususnya dalam kategori B40 dari komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan Balai Berita Bangsar.

Ini termasuk Apartment Abdullah Hukum, Apartment Putra Ria, Flet Sri Pahang, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Brickfields, PPR Pantai Ria, PPR Seri Cempaka, PP Sri Pantai, PPR Taman Mulia dan Taman Bukit Angkasa.

KETUA Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid bersama Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman hadir pada majlis perasmian program Jom Khatan di Balai Berita NSTP Bangsar. - Foto Mahzir Mat Isa

KETUA Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman beramah mesra dengan peserta pada majlis perasmian program Jom Khatan di Balai Berita NSTP Bangsar. - Foto Mahzir Mat Isa

PENGARANG Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bersama peserta pada majlis perasmian program Jom Khatan di Balai Berita NSTP Bangsar. - Foto Mahzir Mat Isa
PENGARANG Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bersama peserta pada majlis perasmian program Jom Khatan di Balai Berita NSTP Bangsar. - Foto Mahzir Mat Isa
PENGARANG Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bergambar bersama peserta pada majlis perasmian program Jom Khatan di Balai Berita NSTP Bangsar. - Foto Mahzir Mat Isa
PENGARANG Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bergambar bersama peserta pada majlis perasmian program Jom Khatan di Balai Berita NSTP Bangsar. - Foto Mahzir Mat Isa

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X