Selasa, 18 Disember 2018 | 9:22am

'Perjalanan terakhir Allahyarham Adib ke kampung halaman'

SUBANG: Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, diterbangkan menaiki helikopter MI17-IV, milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Kedah, sekitar jam 8.50 pagi tadi dan dijangka tiba sekitar jam 10.30 pagi ini.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib, tiba di Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini, jam 7.55 pagi tadi selepas disolatkan di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 diterbangkan menaiki helikopter ke kampung Tebengau, Kuala Kedah daripada Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi urusan penghormatan terakhir dan pengkebumian. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Jenazah yang diiringi keluarga dan pegawai bomba diterbangkan pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah untuk proses pengebumian dan dijadualkan mendarat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir di sini bagi memberi penghormatan terakhir buat wira negara itu.

Malam tadi, Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam, di IJN.

Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang susulan insiden rusuhan di kuil berkenaan pada 27 November lalu.

Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, diterbangkan menaiki helikopter MI17-IV, milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Kedah, sekitar jam 8.50 pagi tadi. - Foto Twitter BERNAMA
Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 diterbangkan menaiki helikopter ke kampung Tebengau, Kuala Kedah daripada Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi urusan penghormatan terakhir dan pengkebumian. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Berita Harian X