Isnin, 7 Januari 2019 | 11:56am
Kenderaan yang membawa Sultan Johor tiba di Istana Negara untuk Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Peletakan Jawatan Agong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Kelihatan kenderaan yang membawa Sultan Johor tiba di Istana Negara berikutan Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Peletakan Jawatan Agong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Kenderaan yang membawa Sultan Terengganu tiba di Istana Negara untuk Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Peletakan Jawatan Agong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Kenderaan yang membawa Sultan Terengganu tiba di Istana Negara untuk Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Peletakan Jawatan Agong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Kenderaan yang membawa Sultan Perak tiba di Istana Negara untuk Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Peletakan Jawatan Agong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Sultan berkumpul di Istana Negara, hadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: Sultan dan Raja-Raja mulai berkumpul di Istana Negara hari ini dipercayai menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja bagi membincangkan soal pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Ia susulan Sultan Muhammad V mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa serta merta, semalam.

Antara kenderaan rasmi Raja yang dilihat memasuki Istana Negara adalah kenderaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama kenderaan pengiring serta polis.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan semalam berkata, peletakan jawatan baginda itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Kenderaan yang membawa Sultan Terengganu tiba di Istana Negara untuk Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Peletakan Jawatan Agong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Kenderaan yang membawa Sultan Johor tiba di Istana Negara untuk Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Peletakan Jawatan Agong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara baharu perlu dipilih untuk negara.

Mengikut amalan, Yang di-Pertuan Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun mengikut negeri.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Namun, takhta baginda kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Jika Majlis Raja-Raja tidak boleh memilih Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Iskandar.

Bagaimanapun, Seksyen 1 Bahagian I Jadual Ketiga Perlembagaan menyebut syarat seseorang Raja akan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah dewasa, tidak menolak untuk dipilih selain tidak ditolak Majlis Raja-Raja.

Berita Harian X