Khamis, 24 Januari 2019 | 4:21pm

Biodata Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Sultan Perak
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

- Berusia 63 tahun

- Diputerakan pada 27 November 1956

- Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Tuanku Bainun.

- Diijabkabulkan dengan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007.

- Dikurniakan seorang putera Raja Azlan Muzaffar Shah (Raja Kechil Besar), 11, dan puteri, Raja Nazira Safya, 8.

- Dilantik Raja Kechil Besar Perak pada 16 Februari 1984.

- Dilantik Raja Muda Perak pada 15 April 1987.

- Pemangku Sultan Perak ketika Almarhum Sultan Azlan Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong mulai April 1989 hingga 1994.

- Dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 29 Mei 2014.

- Ditabalkan sebagai Sultan Perak Ke-35 pada 6 Mei 2015.

PENDIDIKAN

- Sekolah Rendah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur.

- Sekolah Menengah St John Institution, Kuala Lumpur.

- Meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge.

- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford.

- Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Harvard University.

- Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi Politik dan Kerajaan dari Harvard University.

TANGGUNGJAWAN DAN ANUGERAH

Memangku tugas Yang di-Pertuan Agong bermula 2 November 2018 hingga 31 Disember 2018

- Dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 14 Oktober 2016

- Canselor keempat Universiti Malaya (UM).

- Felo Kehormat Kolej Worcester, University of Oxford dan Magdalene College serta St Edmund’s College, University of Cambridge.

- Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford (Oxford Centre of Islamic Studies).

- Felo Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia.

- Felo Institut Kajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa Malaysia

- Anugerah Melvin Jones Fellowship daripada Lions International Foundation berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat, anugerah tertinggi yang diberi untuk khidmat kemanusiaan.

- Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

- Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat.

- Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.

- Pengerusi Bersama Panel Peringkat Tinggi Mengenai Pembiayaan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - 2015-2016

Berita Harian X