Isnin, 18 Februari 2019 | 12:39pm

Agong, Raja Permaisuri lawat pameran Sejarah Pemerintahan Beraja

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menyaksikan koleksi gambar pameran Sejarah Pemerintahan Beraja anjuran New Straits Times di Galeri Prima, Balai Berita NSTP, di sini.

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, tiba di Galeri Prima kira-kira jam 11 pagi.

Selepas menandatangani buku pelawat, baginda berdua meluangkan masa hampir 30 minit menyaksikan seluruh 81 gambar yang dipamerkan.

Hadir sama mengiringi pasangan diraja dalam lawatan bersejarah itu ialah Pengerusi Media Prima Berhad (Media Prima), Datuk Mohd Nasir Ahmad dan Pengerusi The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Tan Sri Ismail Omar.

Turut serta, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Pengarah Eksekutif Berita Editorial dan Operasi Media Prima, Mustapha Kamil Mohd Janor.

Pameran bermula 2 Februari lalu sehingga esok, menampilkan 81 gambar dan salinan artikel serta laporan akhbar mengenai pemerintahan beraja di negara ini.

Ia diadakan sempena pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong, 31 Januari lalu.

Lebih istimewa, ada bahagian khas menampilkan pameran berkaitan Al-Sultan Abdullah, termasuk gambar pada hari baginda dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat pameran Sejarah Pemerintahan Beraja anjuran Galeri Prima di Balai Berita NSTP. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat pameran Sejarah Pemerintahan Beraja anjuran Galeri Prima di Balai Berita NSTP. - NSTP/Aizuddin Saad

Berita Harian X