Sabtu, 23 Februari 2019 | 7:33pm

Pelajar PISMP terima elaun seperti biasa

PUTRAJAYA: Pelajar yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di institut pendidikan guru (IPG), akan menerima Elaun Sara Hidup sebanyak RM430 sebulan seperti biasa.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan, hari ini, berkata mereka juga akan menerima belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali setahun seperti biasa.

“Dimaklumkan bahawa elaun sedang dimasukkan ke dalam akaun pelajar dan mereka akan menerimanya selewat-lewat sebelum akhir bulan ini.

“Kementerian Pendidikan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar dalam melahirkan bakal guru berkualiti dan berdaya saing,” menurut kenyataan itu.

Berita Harian X