Selasa, 12 March 2019 | 9:49pm
DR MAHATHIR dan Siti Hasmah hadir di tayangan perdana 'Raj Of The East' di TGV KLCC. - Foto Bernama
DR MAHATHIR dan Siti Hasmah hadir di tayangan perdana 'Raj Of The East' di TGV KLCC. - Foto Azhar Ramli

Tun M, Siti Hasmah tonton Raj of the East

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir pada majlis tayangan perdana filem Raj of the East di Tanjung Golden Village (TGV) di Suria KLCC di sini, malam ini.

Turut hadir, penerbit, pengarah dan penulis skrip filem berkenaan iaitu Tan Sri Adam Kadir dan barisan pelakon antaranya, Datuk Yasmin Yusuff.

PEMAIN Tottenham Hotspur, Lucas Moura.

Dalam ucapannya, Adam berkata, filem Raj of the East layak untuk dicalonkan pada Anugerah Academy kerana pernah ditayangkan di pawagam Laemmle di Hollywood, Amerika Syarikat (AS) selama tujuh hari, iaitu pada 7 Disember hingga 13 Disember lalu.

“Saya dimaklumkan, seramai 1,000 ahli Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS), iaitu pengajur Anugerah Academy, memberi undian kepada filem ini untuk dicalonkan dalam semua kategori,” katanya.

Mengenai cabaran pembikinan filem ini, Adam menjelaskan, beliau mengehadkan penggunaan peralatan moden kerana ingin menyesuaikannya dengan latar masa filem berkenaan, iaitu pada era Tanah Melayu sekitar 1900.

“Disebabkan ini adalah filem sejarah, banyak babak yang perlu diteliti termasuk sudut kamera untuk disesuaikan dengan era itu agar tampak lebih realistik,” katanya.

Raj of the East adalah sebuah filem semi biopik yang berkisar sejarah hidup bekas Residen British di Pahang, Sir Hugh Clifford.

Berita Harian X