Isnin, 25 March 2019 | 3:16pm
Muhyiddin pada sidang media selepas majlis sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Muhyiddin pada sidang media selepas majlis sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

IPCMC perlu maklum balas sebelum dimuktamadkan

KUALA LUMPUR: Maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan diperlukan sebelum Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dimuktamadkan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata walaupun pihak kerajaan bersetuju untuk memperkasakan IPCMC, namun perkara itu masih memerlukan pemahaman yang lebih mendalam.

“Saya kira ini memerlukan proses maklum balas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguat kuasa yang lain bagi membolehkan ia dapat diterima baik oleh semua pihak.

“Mungkin perlu langkah-langkah susulan kerana belum ramai yang memahami tujuan dan cara bagaimana ia dilaksanakan, ia seolah-olah memberi tumpuan kepada satu pihak sahaja,” katanya ketika pemberita selepas Hari Peringatan Polis Ke-212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini memaklumkan pihaknya akan menyerahkan memorandum berkaitan IPCMC kepada kepemimpinan kerajaan dalam masa terdekat.

Mohamad Fuzi dilaporkan berkata, pihaknya masih meneliti inti pati memorandum itu bagi memastikan ia dirangka secara menyeluruh.

Berita Harian X