Selasa, 26 March 2019 | 8:43am

Malaysia peneraju aeroangkasa

LANGKAWI: Malaysia mahu menjadi peneraju bidang aeroangkasa di Asia Tenggara dan meraih bahagian penting pasaran peringkat global.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tahun lalu saja, negara ini mengeksport peralatan dan alat ganti pesawat bernilai RM8.48 bilion ke Amerika Syarikat, Singapura, United Kingdom, China dan Perancis.

Katanya, jumlah itu meningkat 20.7 peratus berbanding 2017.

“Pada 2018, industri aeroangkasa Malaysia menyaksikan perkembangan positif, terutama dalam sektor penyelenggaraan dan pembaikan (MRO) aeroangkasa dengan meraih pendapatan berjumlah RM14.4 bilion dengan 24,500 tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Industri aeroangkasa negara akan terus berkembang dengan 11 projek pelaburan aeroangkasa baharu bernilai RM816.3 juta diluluskan pada 2018 dan dijangka untuk menjana lebih 1,500 peluang pekerjaan,” katanya ketika merasmikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA'19), di sini hari ini.

Antara yang hadir pada Majlis Pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA'19) di Langkawi. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Antara yang hadir pada Majlis Pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA'19) di Langkawi. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Pesawat SUKHOI SU - 30MKM, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas untuk melakukan formasi aerobatik pada Majlis Pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA'19) di Langkawi. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

LIMA 2019 menerima kehadiran delegasi perniagaan dari 31 negara dan 390 syarikat komersial dan pertahanan.

Dr Mahathir berkata, 195 perniagaan antarabangsa akan mempamerkan perkhidmatan dan produk sepanjang lima hari.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Kementerian Pertahanan sedang menyediakan kertas putih untuk makluman kepada orang awam mengenai keutamaan dan rancangan mengukuhkan pertahanan dan keselamatan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA'19) di Langkawi. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA'19) di Langkawi. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Berita Harian X