X
Rabu, 27 March 2019 | 10:39am
YDP Agong Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke pameran #LIMA19 hari ini. - Foto Twitter BERNAMA

Antara Pegawai dan Anggota Tentera Laut dari pelbagai negara memberi tabik hormat ketika ‘ Fleet Review’ yang disakaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadsempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA 19) di Resort World Langkawi, Tanjung Malai. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ‘ Fleet Review’ kapal perang dari pelbagai negara sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA 19) di Resort World Langkawi, Tanjung Malai. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Agong melawat LIMA'19

LANGKAWI: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijadual berkenan melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) dan menyaksikan persembahan udara tengah hari ini di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Selain itu, hari kedua LIMA’19 turut menyaksikan beberapa acara utama diatur termasuk tinjauan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, ke pameran maritim.

Pagi ini, Dr Mahathir merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan (NMC) 2019 yang turut dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau kemudian melakukan tinjauan pameran maritim dan menyaksikan demonstrasi pasukan keselamatan di kawasan perairan Resort World Langkawi (RWL).

Turut berlangsung di MIEC, Persidangan Ketua Angkatan Udara dan Seminar Industri Aeroangkasa, khusus bagi penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

Di landasan utama pula akan dilakukan majlis penyerahan semula pesawat CN235-220M antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan PT Dirgantara Indonesia.

Berita Harian X