X
Jumaat, 29 March 2019 | 6:44pm
Harga Petrol Mingguan (30 Mac - 5 April 2019)
Harga Petrol Mingguan (30 Mac - 5 April 2019)

RON97 naik 2 sen, RON95 dan diesel kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.63 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu adalah bagi tempoh 30 Mac sehingga 5 April ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 30 Mac sehingga 5 April ini sepatutnya masing-masing adalah RM2.33 dan RM2.36 seliter.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Berita Harian X