Sabtu, 30 March 2019 | 1:17pm

Beli tanah bawah harga pasaran punca [email protected] tak dapat diteruskan

PUTRAJAYA: Pembatalan Projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Presint 7 di sini adalah disebabkan pembelian tanah oleh pemaju bagi projek itu di bawah harga pasaran.

Naib Presiden (Perancangan Bandar), Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud, berkata keputusan pembatalan projek yang dikenali [email protected] itu dibuat semasa Mesyuarat Anggota PPj.

“Semakan semula PPj ini juga mengambil kira semula komponen projek bagi memastikan agihan unit yang ditawarkan lebih adil kepada semua kumpulan sasar,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, BH melaporkan, projek RUMAWIP di Presint 7 tidak dapat diteruskan.

Kenyataan rasmi di laman sesawang RUMAWIP yang dimuat naik sejak November tahun lalu memaklumkan, Kementerian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk meneliti semula cadangan pembangunan projek berkenaan.

Pada 20 Mac tahun lalu, BH melaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan akan menyediakan 500 daripada 2,000 unit RUMAWIP di Putrajaya pada harga serendah RM80,000 seunit.

Projek pertama RUMAWIP di Putrajaya dijangka siap sepenuhnya pada 2024 di mana 500 unit kediaman dengan keluasan lantai 700 kaki persegi (65 meter persegi) itu bakal ditawarkan kepada orang kelainan upaya (OKU), penjawat awam isi rumah bawah RM3,000 dan komuniti masyarakat India.

Kementerian Wilayah Persekutuan turut memperuntukkan 50 unit untuk OKU dan 90 unit lagi untuk masyarakat India yang menetap di Putrajaya, manakala selebihnya kepada penjawat awam dan penduduk yang menetap di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Selain itu, unit RUMAWIP turut ditawarkan kepada penjawat awam yang belum memiliki rumah pertama serta kepada penduduk Putrajaya yang bukan dari kalangan penjawat awam.

Baki 1,500 unit RUMAWIP lagi akan ditawarkan pada harga RM270,000 dengan keluasan lantai 800 kaki persegi (74 meter persegi).

Berita Harian X